bahan-bahan
250 gm mentega
210 gm gula kastor
5 biji telur
200 ml susu segar
260 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder (sepatutnya kena ayak sekali dgn gandum..tp fara main masuk je..heheheh)
1 sudu teh esen vanila
pewarna (ikot suka hati korang la)
sedikit mixfruits
sedikit gajus/badam
(ni la pewarna yg fara guna...three only...kebiasaanya kek marble ni org juz guna kaler ori dan coklat but bila dh dpt kat fara diana anis..ini la hasil nya...multicolour...hiihihi :)
cara-cara melaksanakanya (fara juz main masuk je)hihhih
- mula-mula perkara biasa yang kita lakukan adalah putarkan mentega bersama gula kastor hingga kembang.
- selepas itu, masukkan pula telur satu persatu sambil putar.
- kemudian, masukkan pula esen vanila diikuti dengan gandum berselang seli dengan susu segar.
- setelah sebati, masukkan mixfruits dan kaup balik.
- dan akhir sekali masukkan kedalam acuan dan tabur badam keatasnya.
- bakar selama 40-50 minit dalam suhu 180c.
selamat memcuba kawan2..semoga kita semua dapat menikmati rezeki yang Allah bagi pada kita dengan rasa bersyukur.....ALHAMDULILLAH