Tuesday, 3 February 2015

RESEPI TALAM KELADI

As salam blogger...slmt berkunjung ke blog pemilik cinta hati ku...apa yg da dlm blog ni? Hihihihihi...everthing about resepi yg dh fara cuba and menikmati menu tersebut...kali ni fara dh share resepi talam keladi. Actually, terlewat untuk update...dan terlupa nk bg resepi kat salah sorang adik satu universiti dgn sya.  Farah umaimah..sori dear....ingtkn dh bg..rupa2nya belum..sori eak...faktor usia..kihkihkihkih...
Nothing to say....moh ler kita ke dapor...
BAHAN A (LAPISAN BAWAH)
1. 200 gm keladi potong dadu (yg dh rebus)
2. 110 gm gula
3. 250 tepung beras
4. 300 ml santan pekat
5. 500 ml air
6. Garam 1/2 sudu teh
Kukus 20 minit..
BAHAN B (LAPISAN ATAS)
1.160 gm tpg gandum + 1 sudu besar tepung ubi
2. 200 gm gula pasir
3. 3 biji telur
4. 250 ml santan
5. 450 ml air
6. Garam
7. Warna ungu
*BACA BETUL2 CARA MENYEDIAKAN NYA..SALAH BUAT..JADI LAIN...HIHIHI
1. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
*fara xsapu minyk tp lapik dgn plastik..lg senang nk kuarkan..terpulang pd kalian eak. Next.....
2. Tuangkan ke dalam kuali atau periuk dan masukkan kesemua bahan A kecuali keladi. (lapisan bawah).
3. Panaskan seketika seperti nampak wap or suam-suam kuku dan kacau tanpa henti. * api perlahan
4. Susun keladi yg di potong dadu ke dln loyang dan Tuangkan adunan yg dipanaskan td ke dalam loyang dan kukuskan selama 20-minit..
NEXTTTTTT
*UNTUK LAPISAN ATAS
1. Masukkan semua bahan lapisan atas dan masak seketika hingga nampak wap.

2. Tuang perlahan-lahan di atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 20-30 minit atau hingga masak
4. Sejukkan dan boleh  dipotong.
Selamat mencuba....

PES TOMYAM

As salam dan selmat pagi...
Awal jgk arini fara update blog...hihihihi
Mlm td tak sempat..hp fara di rampas oleh en.zauj....marahh?? Bukan la..enzauj duk main game memancing..hp pn.zaujh jgk jd mgsa...bior la..mls nk kacau enzauj dgn hobinya tu.. :)
Kali ni fara nk share resepi pes tomyam...
Sejujurnya..sgt sedap..mudah dan boleh pelbagaikan dgn 1 pes ni..selain wat tomyam...like boleh buat nasi goreng tomyam...bihun tomyam.. senang kan...pagi2 nk msk senang...save our time.. :) jom kita ke dapor...
Bahan-bahan
1. 2 biji bawang besar
2. 4 biji cili merah
3. 10 biji cili kering
4. 2 inci lengkuas
5. 4 batang serai
6. 2 sb udang kering
7. 6 helai daun limau purut
8. 2 inci belacan ( bakar)
9. Air asam jawa, gula dan garam secukupnya
Cara menyediakan
1. Kisar ke semua bhn di atas kecuali no9
2. Kisar dlm kuantiti air yg sedikit (sekadar boleh kisar)
3. Panaskan minyak...tumis..naik bau...masukkn air asam jawa..gula..garam..
4. Tumis hingga pecah minyak betul3..hingga mnjadi pes..
*fara ganda kan 2..sbb tgk sukatan mcm dpt sikit.
*fara tambahkan 2 helai daun tomyam
*rajin2 la lap..sebab tumis pes ni mmg mncabar kerajinan...percik merata2..hihihi
SELAMAT MEMCUBA KEKAWAN  :)

Monday, 2 February 2015

APAM GULA HANGUS

Salam kekawan....ptg ni fara nk share something simple....sedap di makan...senang nk buat..hihihi
Apa yaaaa....(versi farah queen) hihihihi..juz guna bahan2 asas untuk making cake je....
Asalnya resepi kek...nk wat sebiji pun boleh...tp fara kukus dlm acuan kecil2.. terpulang la kalian nk kukus dlm acuan apa2pun...Suka hati...fara guna acuan puteri ayu...dpt la 21 biji tuk 1 adunan...soooo... apa lg....jom la kita masak...
Bahan-bahan
1. 1 cwn gula pasir
2. 1 cwn t.gandum*
3. 3/4 cwn susu pekat (fara kurng kn sikit coz enzauj xsuka mnis)
4. 2 sb mentega
5. 2 sk baking powder*
6. 1 sk soda bikarbonat*
7. 1 sk esen vanila
8. 4 biji telur
Cara menyediakan
1. Masak gula hingga kekuningan
2. Leps kekuningan tu masukkan air panas (hati-hati) then masukkan mentega. Kacau sebati. Biarkan sejuk.
3. Satukan dan ayak yg bertanda *
4. Satukan telur+susu pekat dan pukul.
5. Selepas itu masukkan bhn2 ayak sebentar td, masukkan esen vanila dan akhir sekali gula hangus.
6. Loreskan acuan dgn mentega
7. Tuangkan adunan dan tutup dgn aluminium biarkan  2 3 jam sebelum kukus
8. Kukus hingga masak..
*1 jam untuk sebiji kek
*25 minit untuk acuan kecil2
SELAMAT MENCUBA